top of page

Liga-M 2022 : Penjaring gol Harimau Malaya kekal bersama The Phoenix

Team PJ


AKSI menyakinkan bersama Harimau Malaya dalam kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura memastikan R.Kogileswaran terus mendapat tempat bersama Petaling Jaya City FC mengharungi Liga Malaysia 2022 (Liga-M).


Perkhabaran gembira itu dimaklumkan menerusi hantarannya di laman Facebook PJ City FC yang mengumumkan, pemain sayap berusia 23 tahun kelahiran Kuala Lumpur itu kekal bersama Skuad Phoenix musim depan.


Kogileswaran yang menjaringkan dua gol buat Harimau Malaya dalam perlawanan Kumpulan B, Piala AFF 2020 semasa menewaskan Kemboja 3-1 dalam perlawanan pembukaan dan tewas 1-4 kepada ditangan Indonesia kini telah bersama PJ City FC untuk tiga musim berturut-turut sejak menyertainya dari Pahang pada musim 2020.


“Kami dengan gembira mengumumkan kontrak Kogileswaran Raj sudah dilanjutkan. Seroang individu yang bekerja keras, memberikan 100 peratusnya di padang sehingga dipanggil untuk Piala AFF. Semoga berjaya pada musim hadapan,” ujar kenyataan tersebut.

Source: CakapSukan



7 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
HEADQUARTERS
PJC-New-Logo-2.png

Level 6, QI Tower, PJ8, 23, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7967 9888

HOME STADIUM

Stadium Petaling Jaya,
Jalan Stadium 7/15, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
#THEPHOENIX
#YAKINILOKAL

© All rights reserved by Petaling Jaya City FC

bottom of page